Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ikea akan buka cawangan baru di Jem tahun depan

May 11, 2020 | 2:38 PM
BUKA CAWANGAN BARU: Penduduk Singapura yang menetap di kawasan barat kini tidak perlu lagi membuat perjalanan jauh ke Tampines atau Alexandra jika mereka mahu membeli perabot dari Ikea.
BUKA CAWANGAN BARU: Penduduk Singapura yang menetap di kawasan barat kini tidak perlu lagi membuat perjalanan jauh ke Tampines atau Alexandra jika mereka mahu membeli perabot dari Ikea. - - Foto Kelvin Chng

GEDUNG perabot gergasi Sweden, Ikea, akan memperluaskan khidmat dan membuka cawangan ketiga mereka di barat Singapura tahun depan.

Cawangan yang bertempat di pusat beli-belah Jem dan mempunyai keluasan 70,000 kaki persegi akan mengambil ruang tiga tingkat bangunan Jem dan akan menawarkan pelbagai produk Ikea serta sebuah restoran, meskipun ia tidak sebesar dua cawangan lainnya.

Dalam satu kenyataannya hari ini (11 Mei), syarikat itu berkata cawangan itu tidak akan mempunyai taman permainan atau gudang yang terdapat di dalam, namun pengunjung akan mendapat pengalaman baru yang menggabungkan katalog lengkap Ikea untuk setiap sudut utama pameran rumah - konsep pertama yang seumpamanya di rantau ini.

Cawangan pertama Ikea di Singapura dibuka pada 1978 dan kini syarikat itu mempunyai cawangan di Tampines dan Alexandra yang dikunjung hampir tujuh juta orang setiap tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg