Premium
Ikea tarik balik kerusi pantai selepas kejadian roboh
Jan 25, 2017 | 5:30 AM
DITARIK BALIK: Kerusi pantai Mysingso yang dijual Ikea ditarik balik berikutan kejadian yang mencederakan jari pengguna. Mereka yang membeli kerusi pantai itu sebelum 31 Januari tahun ini boleh mengembalikannya untuk mendapat balik wang mereka. - Foto IKEA -
IKEA Singapura sedang menarik balik kerusi pantainya jenis Mysingso sebagai satu langkah berjaga-jaga, selepas satu kejadian yang menyebabkan kerusi tersebut roboh dilaporkan berlaku di beberapa negara.
Dalam satu kenyataan media semalam, syarikat perabot itu berkata ia telah menerima lima laporan yang membabitkan kecederaan jari pengguna kerusi tersebut.

