IKEA sedang menarik balik mesin pembuat espreso Metallisk dan telah menasihatkan pelanggannya agar berhenti menggunakan produk itu serta-merta. Dalam kenyataannya hari ini (8 Jun), syarikat perabot Sweden itu berkata ia menarik balik mesin pembuat espreso itu kerana ia boleh pecah semasa digunakan. Model yang ditarik balik berwarna perak atau kelabu. Pelanggan yang telah membeli barangan tersebut boleh memulangkannya di Ikea Alexandra, Tampines atau Jurong. Bukti pembelian tidak diperlukan.