Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Ikon hartanah S’pura, Dennis Wee, meninggal dunia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ikon hartanah S’pura, Dennis Wee, meninggal dunia

Apr 04, 2024 | 08:00 PM



Encik Dennis Wee, yang diberi julukan ‘legenda’ dalam sektor hartanah Singapura, meninggal dunia pada 3 April dalam usia 71 tahun, selepas bertarung dengan penyakit barah.

Keluarga, teman dan rakan kongsi perniagaan beliau memberi penghormatan kepada Encik Wee pada 4 April, sambil mengenang watak berwarna-warni ejen hartanah itu.

Mendiang berjaya membina perniagaannya sendiri, menikmati kehidupan yang dipenuhi senda gurau serta memiliki semangat yang cekal, lapor The Straits Times (ST).


Anak perempuannya, Cik Daphne Wee, memaklumkan perkara tersebut dalam satu hantaran di Instagram:

“Keluarga kami sangat sedih untuk memaklumkan kehilangan legenda kami, Dennis Wee, seorang ayah, suami, datuk, kawan dan bos terbaik, yang meninggal dengan aman dikelilingi orang tersayang di rumah.”

Encik Wee menubuhkan firmanya, Dennis Wee Group (DWG) pada 1992, yang berkembang menjadi antara agensi hartanah paling terkenal pada era itu.

Pada 2017, agensi tersebut bergabung dengan firma PropNex Realty, yang dilaporkan membayar $5 juta untuk mengambil alih syarikatnya.

Perjanjian itu turut melibatkan pemindahan seramai 845 kakitangan jualan DWG, menjadikan PropNex agensi hartanah terbesar di Singapura pada masa itu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropNex Realty, Encik Ismail Gafoor, menyatakan dalam satu hantaran di Facebook pada 4 April:

“Hari ini adalah hari menyedihkan, kerana kita meratapi pemergian seorang legenda dalam industri hartanah, Dr Dennis Wee, petang semalam...

“Dennis adalah seorang yang memiliki watak berwarna-warni dan humor, serta sentiasa mengutamakan orang tersayang, kakitangan dan jurujualnya melebihi dirinya sendiri.

“Beliau telah mewujudkan banyak program latihan dan daya usaha untuk kakitangannya.

“Apabila Dennis disahkan menghidap barah awal tahun lalu (2023), beliau memilih untuk menjalani kehidupan sebaiknya, beliau adalah pejuang yang tidak pernah berputus asa, dan sentiasa berhubung dengan rakan dan orang tersayang.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >