MASJID ALKAFF UPPER SERANGOON: Masjid ini satu-satunya masjid yang menampilkan menara gaya Ottoman pada tahun 1930-an. Keluarga Alkaff, pedagang Arab dari Yaman, telah mendapatkan khidmat firma seni bina British, Swan & Maclaren, untuk membina masjid ini. Ia dibuka kepada orang ramai pada 24 Jun 1932. - Foto BH oleh FELINE LIM -
ISTANA DAN SRI TEMASEK: Dari sebuah ladang pala dan kini menjadi tempat kediaman dan pejabat rasmi Presiden Singapura, Istana dan Sri Temasek dibina pada 1869. Ia merupakan Kediaman Pemerintah bagi kerajaan Britain dan kemudian dijadikan sebagai Ibu Pejabat Besar Pasukan Ekspedisi Selatan oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. - Foto BH oleh STEPHANIE YEOW -
MASJID SULTAN: Masjid ini pada awalnya merupakan struktur bata satu tingkat pada tahun 1820-an. Hampir satu abad kemudian, kerja-kerja pembaikan perlu dijalankan dan pelan bagi sebuah masjid baru dirancang. Masjid itu dibina dari 1928 hingga 1932. - Foto BH oleh NIVASH JOYVIN -

Setiap monumen negara merupakan harta karun sejarah yang mempunyai kisah yang menarik di sebaliknya - dari seni binanya hingga ke masyarakat yang membangunkannya. Kelmarin, satu buku baru berjudul Monumental Treasures: Singapore's Heritage Icons yang merakamkan sejarah 72 monumen negara dilancarkan Presiden Halimah Yacob di Istana. Ia dihasilkan sekumpulan wartawan akhbar The Straits Times dan diterbitkan Straits Times Press, dengan sokongan Lembaga Warisan Negara (NHB). Berita Harian mengongsi antara gambar monumen negara yang ditampilkan dalam buku itu.