Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Iktiraf daya tahan, azam kolektif pekerja kita

MESEJ PRESIDEN HALIMAH YACOB
Apr 30, 2021 | 5:30 AM
TANGKAS BUAT PENYESUAIAN: Pekerja di sini telah dapat menyesuaikan diri dan kekal tangkas, sama ada dari segi mempelajari kemahiran baru atau menyesuaikan diri kepada pengaturan kerja baru, kata Presiden Halimah sempena ucapan Hari Pekerja melalui Facebook semalam. - Foto MCI
TANGKAS BUAT PENYESUAIAN: Pekerja di sini telah dapat menyesuaikan diri dan kekal tangkas, sama ada dari segi mempelajari kemahiran baru atau menyesuaikan diri kepada pengaturan kerja baru, kata Presiden Halimah sempena ucapan Hari Pekerja melalui Facebook semalam. - Foto MCI -

" SETAHUN telah berlalu sejak tercetusnya Covid-19.

Hari Pekerja tahun lalu merupakan satu yang suram, kerana ia sewaktu pemutus litar kita.

Mujur, setahun kemudian, kita telah membawa penularan virus dalam masyarakat di bawah kawalan.

Program vaksinasi kita sedang berjalan dengan lancar.

Kita telah mencatat pertumbuhan ekonomi positif pada suku pertama tahun ini, satu kelegaan setelah pertumbuhan negatif selama tiga suku berturut-turut.

Rizab lalu kita telah membolehkan kita untuk menyokong syarikat dan pekerja dengan cepat, lantas memperbaiki kesan serius yang boleh menimpa kita daripada krisis sebesar ini.

Sedang kita menyambut Hari Pekerja, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pekerja kita kerana menjadi sebahagian penting proses ini.

Anda bekerja tanpa mengenal penat untuk terus majukan Singapura sewaktu pandemik ini.

Anda menyesuaikan diri dan kekal tangkas, sama ada dari segi mempelajari kemahiran baru atau menyesuaikan diri kepada pengaturan kerja baru.

Kepercayaan dan sokongan anda bagi langkah pemerintah merupakan kunci kepada kemampuan kita untuk mengatasi krisis ini.

Pandemik ini telah merubah tempat kerja secara dramatik, mendatangkan peluang besar bagi pekerja di pejabat, dan memerlukan perubahan dalam dasar buruh untuk menyokong hal ini dengan lebih mampan.

Sedang bekerja dari rumah menjadi norma, wanita akan mempunyai lebih banyak pilihan daripada dua pilihan iaitu sama ada bekerja atau duduk di rumah disebabkan tanggungjawab menjaga anggota keluarga.

Pekerja yang kurang upaya juga tidak perlu lagi takut menjadi satu pengecualian kepada tenaga kerja yang lain.

Ia bukan perjalanan mudah bagi negara ini, dan masa depan kekal tidak menentu.

Tetapi saya juga yakin bahawa dengan daya tahan, kepintaran, dan keazaman kolektif kita, kita akan muncul lebih kuat daripada krisis ini.

Saya ucapkan kepada semua Selamat Hari Pekerja! "

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg