Premium
Ikuti kursus diploma demi rebut peluang pertingkat diri
Sep 5, 2017 | 5:30 AM

ENCIK MOHAMAD SAIFUL MOHAMAD SAID: Penolong jurutera lulusan ITE yang kini bekerja di firma MNC. Beliau akan sambung pelajaran di peringkat diploma di sebuah politeknik di sini bulan depan. - Foto ihsan MOHAMAD SAIFUL MOHAMAD SAID -
WALAUPUN kehilangan bapa ketika di sekolah rendah, Encik Mohamad Saiful Mohamad Said tidak menganggap ia hambatan baginya terus bekerja keras dan mencapai cita-cita.
Bapa beliau, Allahyarham Mohamad Said Osman, meninggal dunia akibat serangan jantung ketika beliau berusia lapan tahun.

