Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Imbangi pelajaran akademik, ukhrawi dengan cemerlang

Nov 26, 2021 | 5:30 AM
DAPAT KEPUTUSAN BAIK: Laiqa Rasyiqah Muhammad Ridzwan jaya raih markah cemerlang dan layak ke aliran Ekspres. - Foto MUIS
DAPAT KEPUTUSAN BAIK: Laiqa Rasyiqah Muhammad Ridzwan jaya raih markah cemerlang dan layak ke aliran Ekspres. - Foto MUIS -

PENGURUSAN masa adalah penting dalam mengimbangi antara mata pelajaran akademik dan ukhrawi.

Tanya sahaja pelajar Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah, Laiqa Rasyiqah Muhammad Ridzwan yang berjaya meraih markah cemerlang bagi Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) yang didudukinya tahun ini dan layak ke aliran Ekspres.

Beliau muncul antara pelajar terbaik di Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah.

"Memang sedikit susah dulu untuk belajar untuk semua peperiksaan tetapi pengurusan masa itu penting, jadi saya mencari masa untuk belajar," katanya.

Selain subjek Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik dan Sains yang diambilnya, Laiqa juga perlu menduduki peperiksaan bagi empat mata pelajaran ukhrawi dalam Peperiksaan Penyaluran Pengajian Islam (ISPE) - Bahasa Arab, Tarbiyah (Inggeris), Al-Quran dan Tarbiyah (Bahasa Arab).

"Saya bersyukur dan gembira kerana semua kerja keras saya membuahkan hasil.

"Ibu bapa saya pun sangat gembira kerana kegembiraan saya kegembiraan mereka juga," katanya.

Menurut Laiqa, untuk mempersiapkan diri menduduki PSLE, nota-nota pelajaran dijadikan bahan bacaan sebelum tidur.

Selain itu, dia akan membuat kertas latihan setiap hujung minggu dan menghabiskan sekitar satu jam setiap hari untuk mengulang kaji pelajaran.

"Sebenarnya saya tak ketepikan masa yang tertentu untuk belajar, tapi setiap hari saya belajar dan bila saya rasa dah cukup, saya akan berhenti," tambahnya.

Dia merancang meneruskan pendidikannya di Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah dan mahu ke menara gading suatu hari kelak di mana dia mahu mendalami bidang sains bioperubatan.

"Saya ingin mencipta suplemen atau ubat-ubat yang halal dan boleh membantu semua Muslim di luar sana kerana ada suplemen di luar yang bagus tapi tidak halal, jadi saya nak mereka ubat yang sama bagusnya tetapi halal," ujar anak muda itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg