Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Imbas kembali Skim Penambakan Laut East Coast antara 1960-an hingga 1980-an

Nov 28, 2023 | 7:27 PM
PERMULAAN: Dari 1966 hingga 1971, laut dari Bedok ke Kelab Renang Singapura di Tanjong Rhu ditambak untuk menghasilkan tapak tanah seluas 405 hektar. Sekitar 20,000 meter padu tanah dipindahkan setiap hari ke laut. Pasir juga diperolehi dari luar negara.
PERMULAAN: Dari 1966 hingga 1971, laut dari Bedok ke Kelab Renang Singapura di Tanjong Rhu ditambak untuk menghasilkan tapak tanah seluas 405 hektar. Sekitar 20,000 meter padu tanah dipindahkan setiap hari ke laut. Pasir juga diperolehi dari luar negara. - Foto fail

Kewujudan East Coast dan Marine Parade adalah hasil projek penambakan laut besar-besaran antara 1960-an dengan 1980-an.

Marine Parade estet perumahan pertama dibina di atas tanah tambak sepenuhnya, dan 2024 ulang tahun ke-50 penduduk pertama berpindah ke estet itu.

Sepanjang beberapa dekad akan datang, satu lagi projek penambakan laut di East Coast – untuk membangunkan tiga tapak tanah yang dinamakan Long Island – dirancang bagi pantai di tenggara Singapura itu.

Apabila siap, tanah tambak baru itu akan melindungi Singapura daripada peningkatan paras laut dan menangani keperluan tanah.

Antara lain, ia akan mempunyai kolam air untuk membantu menampung permintaan air negara yang semakin meningkat, dan menyediakan tapak bagi perumahan dan kemudahan baru.

Berita Harian mengimbas kembali Skim Penambakan Laut East Coast yang berlangsung selama 20 tahun dan siap pada 1985, menambah tanah seluas 1,525 hektar dan garis pantai sepanjang 18 kilometer.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg