Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

IMDA: Empat pekerja digaji kontraktor NetLink Trust positif Covid-19

Apr 17, 2020 | 11:57 AM
DIUJI POSITIF: IMDA telah dimaklumkan oleh NetLink Trust bahawa empat pekerja yang diambil bekerja oleh kontraktor mereka telah diuji positif COVID-19.
DIUJI POSITIF: IMDA telah dimaklumkan oleh NetLink Trust bahawa empat pekerja yang diambil bekerja oleh kontraktor mereka telah diuji positif COVID-19. - FACEBOOK/IMDA

PENGUASA Pembangunan Infokom Media (IMDA) telah dimaklumkan oleh NetLink Trust (NLT) bahawa empat pekerja yang diambil bekerja oleh kontraktor mereka telah diuji positif COVID-19.

"Keutamaan IMDA sekarang adalah untuk memastikan keselamatan awam dan pekerja selain khidmat asas terus disediakan," kata IMDA dalam kenyataan ringkasnya tadi.

"Kami sedang bekerja dengan NetLink untuk menyemak langkah-langkah pencegahan untuk beberapa hari mendatang. Buat sementara ini, sebagai langkah pencegahan, NetLink telah mengarahkan untuk menggantung semua arahan perkhidmatan di kediaman dan di kawasan pejabat sehingga Ahad ini (19 April)," kata IMDA lagi.

Tambahnya, NLT akan melakukan penjadualan semula bagi temu janji minggu ini ke satu tarikh lain, bermula minggu hadapan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg