Topik diikuti
Pergi ke BHkuIMDA selaras pembangunan infokom media
IMDA selaras pembangunan infokom media
Yaacob turut perjelas penubuhan agensi baru GovTech
IMDA selaras pembangunan infokom media
DR YAACOB IBRAHIM: IMDA akan berada dalam kedudukan lebih baik bagi mengatasi keperluan bakat, dan membangun kemahiran profesional bagi sektor infokom. -
Aug 17, 2016 | 5:30 AM
PENGUASA infokom dan media yang digabungkan di bawah satu agensi baru akan meneroka peluang ekonomi baru bagi warga Singapura.
Menjelaskan demikian, Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim, berkata Penguasa Pembangunan Infokom Media Singapura (IMDA) yang baru itu akan membekalkan warga Singapura dengan kemahiran bagi meraih manfaat dalam masa depan digital.