SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Import telur burung puyuh dari Malaysia dihenti

Import telur burung puyuh dari Malaysia dihenti

Oct 6, 2019 | 3:59 PM

Import telur burung puyuh dari Malaysia dihenti

e62b9601-377d-4c19-9e6c-a8f45326f3fc
-

AGENSI Pemakanan Singapura (SFA) telah menghentikan import telur burung puyuh segar dari ladang di Malaysia yang menyumbang kepada sekitar 20 peratus daripada bekalan Singapura.

Langkah menghentikan import dari Telic Farm di Malaysia bermula bulan lalu, kata SFA semalam dalam respons kepada media.

Ini selepas ia menemui kesan dadah nicarbazin dalam telur burung puyuh di ladang tersebut.

Dadah itu menghentikan burung betina dari menghasilkan telur atau menyebabkan mereka menghasilkan telur yang tidak boleh menetas.

"Langkah menghentikan ini akan berkuat kuasa sehingga SFA dapat mengesahkan bahawa ladang tersebut mempunyai langkah yang boleh memastikan telur mereka tidak mengandungi kesan dadah dan selamat untuk dimakan," katanya.

Tahun lalu, Singapura telah mengimport lebih 17 juta telur burung puyuh dari Telic Farm, kata SFA.

Bekalan telur burung puyuh Singapura datang dari ladang tempatan dan juga diimport dari Malaysia, China, Taiwan dan Vietnam, menurut agensi tersebut.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg