Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Individu dalam proses jadi rakyat S'pura bakal jalani program dipertingkat

Feb 18, 2021 | 5:30 AM
ENCIK EDWIN TONG: Berkata kerjasama antara warganegara ini menunjukkan contoh etos gerakan Singapura Bersama. - Foto fail
ENCIK EDWIN TONG: Berkata kerjasama antara warganegara ini menunjukkan contoh etos gerakan Singapura Bersama. - Foto fail -

INDIVIDU yang sedang dalam proses menjadi warga Singapura akan menjalani program pengenalan yang dipertingkat, dengan penekanan terhadap kepelbagaian budaya di negara ini, mulai suku ketiga tahun ini.

Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) akan mempertingkat komponen pembelajaran dalam talian, mengambil kira saranan dari Kumpulan Kerja Warga yang dibentuk tahun lalu dan terdiri daripada warga Singapura.

Dalam pada itu, kementerian itu akan mengemas kini buku panduan bagi individu yang bakal menjadi warga Singapura dan ia akan tersedia dalam talian menjelang suku keempat tahun ini, menurut kenyataan yang dikeluarkan MCCY semalam.

Komponen pembelajaran dalam talian yang dinamakan e-Perjalanan itu merupakan sebahagian Perjalanan Kewarganegaraan Singapura (SCJ), yang membenarkan warga baru mendapatkan maklumat tentang Singapura.

Ia telah disemak dan akan merangkumi modul baru mengenai topik seni dan budaya di Singapura untuk menunjukkan bagaimana landskap budaya Singapura yang pelbagai mencerminkan masyarakat Singapura yang berbilang kaum.

"Kesenian juga menyediakan lensa berguna dalam meneroka dan meneliti tanggapan mengenai identiti dan apa ertinya menjadi seorang warga Singapura hari ini," katanya.

Selain itu, MCCY merujuk kepada saranan Kumpulan Kerja tersebut untuk menyediakan kandungan yang patut diketahui dan dihargai oleh warga baru tentang Singapura.

Contohnya, MCCY akan membuka e-Perjalanan itu dengan bab yang memberi tumpuan kepada nilai dan norma demi membantu individu yang bakal menjadi warga Singapura menghargai nilai yang membentuk masyarakat Singapura.

MCCY juga akan meneroka bagaimana e-Perjalanan itu boleh mencerminkan nada laporan Kumpulan Kerja itu, yang tulus dan mesra, supaya dapat menjalinkan hubungan emosi yang lebih kuat bersama peserta.

Bagi buku panduan SCJ yang diberikan sewaktu majlis kewarganegaraan, MCCY bakal mengemaskininya menjelang suku keempat tahun ini.

Buku panduan yang diberi sentuhan baru itu akan tersedia dalam talian di laman web Majlis Integrasi Nasional (NIC).

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong berkata kerjasama bersama warganegara ini menunjukkan contoh etos gerakan Singapura Bersama.

"Perjalanan Kewarganegaraan Singapura yang disemak akan merangkumi kandungan dari warga negara, mencerminkan cinta mereka terhadap negara kita dan kemesraan terhadap anggota masyarakat Singapura kita," katanya.

Pemerintah akan terus bekerjasama dengan warga Singapura dalam menangani kepelbagaian dalam masyarakat dan menjalinkan sekitaran yang lebih bersemangat dan bertenaga, katanya lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg