Individu kerja sendiri boleh mohon skim bantuan kewangan $9,000 mulai esok
Individu kerja sendiri boleh mohon skim bantuan kewangan $9,000 mulai esok
Apr 26, 2020 | 9:57 PM

-
INDIVIDU bekerja sendiri yang mata pencariannya terjejas oleh Covid-19 boleh memohon skim bantuan kewangan pemerintah bernilai $9,000 bermula esok (27 April).
Skim Pelepasan Pendapatan bagi Individu Bekerja Sendiri (SIRS) itu akan memberi wang tunai tiga suku tahun sebanyak $3,000 setiap satu pada Mei, Julai dan Oktober tahun ini.
NTUC dan Unit Pekerja Bebas dan Bekerja Sendiri (U FSE) akan mentadbir skim tersebut, menurut kenyataan NTUC sebelum ini.
Maklumat lanjut boleh didapati di ntuc.com.sg/sirs.

