Topik diikuti
Pergi ke BHkuIndonesia tawar banyak peluang kepada peniaga S'pura
Indonesia tawar banyak peluang kepada peniaga S'pura
Indonesia tawar banyak peluang kepada peniaga S'pura
TEROKA POTENSI: Dr Maliki (bertali leher kuning), semasa bertemu dengan beberapa ahli perniagaan di Palembang, turut menggalak mereka membawa delegasi ke Singapura bagi memperkenalkan pelbagai peluang yang ada di wilayah Indonesia. - Foto KHALID BABA -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Aug 8, 2016 | 5:30 AM
KALAU Amerika Syarikat mempunyai hab teknologi terkemuka dunia Silicon Valley, Bandung pula mempunyai visi membangunkan Bandung Teknopolis yang dibayangkan wali kotanya, Encik Ridwan Kamil, sebagai 'Silicon Valley Indonesia'.
Rancangan Bandung membangunkan Bandung Teknopolis dan menjadi Smart City (Kota Pintar) itu menampilkan potensi bagi syarikat teknologi dan teknologi infokom (ICT) Singapura meneroka pelbagai peluang di sana, kata Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pertahanan), Dr Mohamad Maliki Osman.