Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Indranee: Peraturan, insentif diguna bagi sokong ibu menyusukan

Aug 3, 2022 | 5:30 AM
DILANCARKAN: Ketua Pegawai Eksekutif GXS, Encik Charles Wong yang mengatakan bank itu bertujuan untuk menyokong keperluan usahawan, pekerja ekonomi gig dan pekerja pertama. - Foto GXS BANK
DILANCARKAN: Ketua Pegawai Eksekutif GXS, Encik Charles Wong yang mengatakan bank itu bertujuan untuk menyokong keperluan usahawan, pekerja ekonomi gig dan pekerja pertama. - Foto GXS BANK -

PEMERINTAH mengambil pendekatan serampang dua mata dalam menyokong ibu bekerja terus menyusu anak mereka sambil mengimbangi tugas pejabat dan keluarga, kata Menteri Kedua Pembangunan Negara, Cik Indranee Rajah.

Ini dilakukan dengan menggubal undang-undang dan memberi insentif kepada peruntukan kemudahan menyusukan serta menggalak budaya kerja inklusif dan menyokong ibu menyusu badan.

Beliau menggariskan hal ini dalam jawapannya kepada usul penangguhan yang dibentangkan Encik Louis Ng (GRC Nee Soon).

Dalam usulnya, Encik Ng menggesa agar digalak tempat kerja lebih inklusif bagi ibu menyusu dan menyarankan, antara lain, dipertingkat jumlah bilik laktasi (penyusuan) di bangunan yang mempunyai pejabat dan taman perniagaan serta masa rehat laktasi berbayar bagi ibu menyusukan dijadikan undang-undang.

Cik Indranee berkata pemerintah akur ibu menyusu badan memerlukan akses kepada ruang privet bersih dan selesa. Itu sebabnya syarat bagi bilik laktasi diluaskan secara progresif sejak beberapa tahun lalu.

Pada 2014, syaratnya ciri mesra keluarga seperti bilik laktasi harus disediakan oleh bangunan baru dan sedia ada yang sering dilawat keluarga, seperti pusat beli-belah.

Ini kemudian diluaskan pada 2020 untuk meliputi lebih banyak jenis bangunan, seperti pejabat dan taman perniagaan.

Peningkatan ini hasil daripada semakan tetap Kod bagi Akses di Sekitaran Binaan. Semakan terkini, yang menghasilkan syarat bilik laktasi diperluas, dijalankan oleh sebuah jawatankuasa terdiri daripada wakil agensi perkhidmat sosial, persatuan perdagangan, akademia dan agensi pemerintah.

Cik Indranee berkata pemerintah akan terus menyemak syarat itu dari masa ke masa serta mengambil kira maklum balas Encik Ng, semasa semakan kod itu tahun depan.

"Melebihi penggubalan undang-undang, pemerintah juga menggalak dan menyokong pemilik bangunan agar secara sukarela menyediakan lebih banyak kemudahan laktasi berdasarkan keperluan setiap bangunan.

"Kami gembira melihat pemilik bangunan dalam sektor awam dan swasta mengambil langkah melebihi tuntutan kod itu bagi memenuhi keperluan pengguna."

Sementara itu, mengenal pasti huraian prasarana oleh pemerintah sahaja tidak mencukupi untuk menyokong ibu menyusukan di tempat kerja.

"Lebih penting, budaya kerja harus inklusif dan menyokong," tekan beliau.

Dalam hal ini, pemerintah telah melaksanakan pakej langkah menyeluruh untuk menyokong ibu bapa - seperti cuti bersalin selama 16 minggu - dan langkah ini akan terus disemak.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg