Setiausaha Agung Parti Pekerja, Encik Pritam Singh, telah menunjukkan kegagalan kepimpinan apabila beliau meminta Cik Raeesah Khan untuk meneruskan pembohongannya apabila beliau kali pertama mengaku perkara itu kepadanya.
Ini termasuk gagal memikul tanggungjawab apabila kebenaran terbongkar, kata Ketua Dewan, Cik Indranee Rajah, pada 14 Januari.
Menurut beliau, seluruh perkara tersebut akan mengambil haluan yang sangat berbeza sekiranya Encik Pritam meminta Cik Raeesah untuk berterus terang apabila beliau mula-mula mengaku tentang pembohongannya kepadanya.
Cik Indranee berkata demikian ketika berucap dalam perbahasan usul yang menyatakan rasa kesal terhadap kelakuan Encik Pritam berhubung peristiwa-peristiwa yang berlaku selepas Cik Raeesah berbohong di Parlimen pada 2021.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg