Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Indranee terlepas pelancaran pameran akibat Covid-19

Mar 5, 2022 | 5:30 AM
ANTARA YANG DIJANGKITI: Cik Indranee (kiri) dan Encik Alvin Tan (kanan) antara beberapa AP yang dijangkiti Covid-19. - Foto-Foto fail
ANTARA YANG DIJANGKITI: Cik Indranee (kiri) dan Encik Alvin Tan (kanan) antara beberapa AP yang dijangkiti Covid-19. - Foto-Foto fail -

MENTERI Pejabat Perdana Menteri, Cik Indranee Rajah, diuji positif Covid-19 dan terlepas pelancaran pameran bunga sakura di Gardens by the Bay semalam.

Dalam satu catatan di Facebook, Cik Indranee, yang juga Menteri Kedua Kewangan merangkap Menteri Kedua Pembangunan Negara, berkata:

"Saya lega kerana hanya mengalami simptom ringan. Saya juga gembira kerana sudah divaksin sepenuhnya termasuk menerima suntikan penggalak.

"Saya ingin memohon maaf kepada semua yang menghadiri acara tersebut... maaf saya tidak dapat hadir bersama.

"Namun saya berharap mereka dapat menikmati Festival Sakura dan keindahan musim bunga itu."

Cik Indranee telah mengambil ujian pantas antigen (ART) kelmarin setelah dua anggota isi rumahnya disahkan positif Covid-19.

Beliau juga berkata beliau "asyik berasa lapar" setelah dijangkiti Covid-19.

"Saya berharap dapat kembali ke Parlimen minggu depan untuk bacaan Rang Undang-Undang Bekalan," tambah beliau.

Beberapa Anggota Parlimen (AP) lain juga dijangkiti Covid-19 akibat lonjakan kes varian Omicron.

Encik Encik Alex Yam (GRC Marsiling-Yew Tee) dan Cik Cheng Li Hui (GRC Tampines) tidak dapat menghadiri sesi Parlimen minggu ini setelah diuji positif Covid-19.

Cik Chen berkata di Facebook Selalu lalu:

"Omicron tidak begitu ringan (simptom). Saya tidak ingat pernah mengalami kesejukan atau pening seperti ini."

Encik Gan Thiam Poh (GRC AngMo Kio) juga berkata dalam catatan Facebook Ahad lalu bahawa beliau telah mengasingkan diri di rumah untuk pulih selepas sakit tekak dan diuji positif.

Encik Alvin Tan, Menteri Negara (Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Kementerian Perdagangan dan Perusahaan) berkata Selasa lalu bahawa beliau disahkan positif Covid-19 selepas anak perempuannya, tujuh tahun, dijangkiti virus itu.

AP Cik Sylvia Lim dari Parti Pekerja (WP) serta Cik He Ting Ru dan Encik Louis Chua juga mengasingkan diri kerana terdedah kepada virus itu dan terlepas sesi Parlimen pada Rabu lalu, kata Ketua WP, Encik Pritam Singh.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg