Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Industri hospitaliti rancakkan niaga dalam Ramadan

Apr 13, 2021 | 5:30 AM
PENGALAMAN RAMADAN BERBEZA: Syarikat pelayaran Dream Cruises antara yang menyediakan pakaj Ramadan di atas kapal World Dream, dengan pelbagai menu halal serta acara keagamaan. - Foto DREAM CRUISES
PENGALAMAN RAMADAN BERBEZA: Syarikat pelayaran Dream Cruises antara yang menyediakan pakaj Ramadan di atas kapal World Dream, dengan pelbagai menu halal serta acara keagamaan. - Foto DREAM CRUISES -

DENGAN kelonggaran langkah-langkah keselamatan Covid-19, beberapa perusahaan dalam industri hospitaliti mengadakan tawaran sepanjang Ramadan ini bagi merancakkan perniagaan.

Beberapa hotel dan penyedia percutian tempatan menawarkan pakej bagi tetamu Muslim melalui pengalaman berpuasa dalam suasana berbeza. Antaranya ialah pakej cuti inap (staycation) dalam bulan puasa.

Buat julung kalinya, hotel Hilton Singapore menawarkan pakej cuti sambil iftar secara bufet dari 19 April hingga 9 Mei.

Pakej ini termasuk penginapan satu malam serta set sahur halal di bilik. Hidangan sahur termasuk kurma, lauk seperti ayam masak merah dan kari dhal, nasi putih, buah-buahan segar dan sebotol jus.

Tetamu pakej ini juga layak menikmati hidangan buka puasa untuk dua orang di restoran pop-up secara bufet.

Bufet iftar pop-up itu, yang disediakan hotel tersebut sejak 2017, menghidangkan lebih 30 masakan tempatan dan Timur Tengah, seperti bubur lambuk daging, sate ayam, ayam tandoori, salad shawarma ayam dan daging lembu panggang.

Hidangan bufet halal itu dipilih oleh cef-cef Hilton Singapore.

Hotel Grand Hyatt Singapore juga menawarkan pakej cuti inap bagi tetamu Muslim yang boleh ditempah melalui aplikasi Klook.

Tetamu yang memilih pakej ini boleh merasai hidangan bufet buka puasa di restoran StraitsKitchen, yang turut membolehkan mereka melihat cef memasak menu yang disediakan.

Antara sajian yang dihidangkan ialah kebab daging biri-biri, ayam sze chuan dan beraneka jenis sate, serta pencuci mulut seperti sagu gula melaka, cendol, dan manisan baklava.

Tetamu juga boleh memilih hidangan sahur yang disajikan di bilik, seperti nasi goreng, bubur nasi dan beberapa minuman panas serta sejuk.

Dream Cruises pula melancarkan pelayaran Ramadan dari 14 April hingga 7 Mei - yang pertama diadakan syarikat pelayaran itu di atas kapal World Dream, bersama United World Halal Development (UNWHD).

Presiden Dream Cruises, Encik Michael Goh, berkata pihaknya berbesar hati dapat menawarkan pelayaran sempena Ramadan pertama di dunia.

"Keselesaan tetamu ialah keutamaan kami dan kami komited dalam memberi pengalaman pelayaran luar biasa untuk mereka," katanya.

Beberapa program keagamaan akan diadakan bagi tetamu Dream Cruises beragama Islam, termasuk solat subuh dan isyak berjemaah.

Sesi syarahan agama juga diadakan pada setiap pelayaran oleh pensyarah jemputan.

Mengikut langkah keselamatan yang dikeluarkan Lembaga Pelancongan Singapura (STB), hanya 100 orang dibolehkan hadir bagi sesi tersebut.

Hidangan sahur dan buka puasa disediakan bagi tetamu di salah sebuah restoran di atas kapal layar itu, The Lido.

Tetamu yang ingin menjamu selera di dalam bilik mereka juga boleh memilih menu halal.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg