Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Inflasi teras naik 5.3% pada Sep, tertinggi dalam 14 tahun

Oct 26, 2022 | 5:30 AM
SOKONG LADANG TEMPATAN: (Dari kiri) Ketua Eksekutif Kumpulan FairPrice, Encik Seah Kian Peng; Cik Fu; Setiausaha Parlimen Kanan (Pengangkutan), Encik Baey Yam Keng; dan Encik Lee Yuan Hao, pengurus ladang di GKE Agritech, di sudut jualan sayur-sayuran yang dihasilkan GKE Agritech di bawah Inisiatif Inkubasi Runcit Agensi Makanan Singapura. - Foto BH oleh ALPHONSUS CHERN
SOKONG LADANG TEMPATAN: (Dari kiri) Ketua Eksekutif Kumpulan FairPrice, Encik Seah Kian Peng; Cik Fu; Setiausaha Parlimen Kanan (Pengangkutan), Encik Baey Yam Keng; dan Encik Lee Yuan Hao, pengurus ladang di GKE Agritech, di sudut jualan sayur-sayuran yang dihasilkan GKE Agritech di bawah Inisiatif Inkubasi Runcit Agensi Makanan Singapura. - Foto BH oleh ALPHONSUS CHERN -

HARGA barangan dan khidmat pengguna di Singapura terus meningkat dan mencapai paras tertinggi dalam 14 tahun pada bulan lalu, berlatar harga makanan, perkhidmatan dan barangan lain.

Inflasi teras - yang mengecualikan kos pengangkutan privet dan penginapan - dan dianggap menunjukkan perbelanjaan isi rumah di Singapura secara lebih tepat, telah meningkat ke paras 5.3 peratus dalam tempoh setahun.

Ini lebih tinggi berbanding kadar inflasi teras 5.1 peratus pada Ogos, dan adalah paras tertinggi dicapai sejak ia menyentuh 5.5 peratus pada November 2008.

Inflasi keseluruhan, yang juga digelar indeks harga pengguna (CPI), bagi September adalah 7.5 peratus, kata Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) semalam.

Paras inflasi keseluruhan ini tidak berubah berbanding Ogos dan sama dengan paras tertinggi dalam 14 tahun yang dicatat pada Jun 2008.

Kadar inflasi telah meningkat berlatar keadaan geopolitik yang tidak menentu, harga komoditi sedunia yang lebih tinggi dan rantaian bekalan yang terganggu.

Kadar inflasi bagi September selaras dengan ramalan pakar-pakar ekonomi.

Kadar inflasi bagi makanan pada bulan yang sama juga telah meningkat kepada 6.9 peratus dalam tempoh setahun. Secara perbandingan, kadar inflasi makanan bagi Ogos adalah 6.4 peratus, dengan harga kededua makanan dimasak dan yang mentah meningkat pada kadar lebih pantas.

Kadar inflasi bagi perkhidmatan juga meningkat dan mencapai 4 peratus pada September, lebih tinggi berbanding 3.8 peratus pada Ogos.

Ini disebabkan peningkatan lebih besar dalam kos khidmat pengangkutan bagi pengguna dan perbelanjaan bercuti.

Sementara itu, bayaran bagi perkhidmatan telekomunikasi merosot, tetapi pada kadar lebih kecil.

Berhubung barangan runcit dan barangan lain pula, kadar inflasi meningkat daripada 2.9 peratus pada Ogos kepada 3.1 peratus pada September.

Ini disebabkan harga peralatan telekomunikasi serta produk perubatan, kesihatan dan jagaan peribadi yang meningkat lebih pantas.

Kadar inflasi bagi bekalan elektrik dan gas tidak berubah sejak Ogos, iaitu 23.9 peratus.

Kos penginapan meningkat 4.9 peratus pada September, lebih tinggi berbanding kos penginapan bagi Ogos, iaitu 4.7 peratus. Ini disebabkan harga sewa rumah yang meningkat lebih pantas.

Namun, kadar inflasi bagi pengangkutan privet turun antara Ogos dengan September, daripada 24.1 peratus kepada 22.3 peratus, disebabkan harga kereta dan petrol yang meningkat lebih perlahan.

MAS dan MTI berkata permintaan daripada ekonomi utama sedunia tidak lagi meningkat, serta ketegangan ke atas rantaian bekalan kian kendur.

Harga bagi komoditi tenaga dan makanan tidak lagi berada di angka puncak seperti di awal tahun, tetapi kekal tinggi berdasarkan bekalan yang berkurangan, kata MAS dan MTI.

Menambah, ia berkata pasaran tenaga kerja dalam ekonomi negara maju utama terus meruncing, mengekalkan tekanan ke atas gaji.

Ini bermakna inflasi yang diimport oleh Singapura dijangka terus ketara, kata MAS dan MTI.

Kos tenaga kerja di sini juga dijangka terus meningkat dalam jangka pendek, seiring dengan pertumbuhan gaji yang rancak, kata MAS dan MTI.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg