Info peribadi PM Lee dan 1.5 juta pesakit dicuri dalam serangan siber
Premium
Info peribadi PM Lee dan 1.5 juta pesakit dicuri dalam serangan siber
*Penyerang ceroboh sistem komputer SingHealth, sasar data PM *Pemerintah sifatkan serangan siber paling serius di sini; dirancang rapi
Jul 21, 2018 | 5:30 AM
DALAM serangan siber paling teruk di Singapura, penceroboh telah mencuri butiran peribadi kira-kira 1.5 juta pesakit - dengan 160,000 daripadanya termasuk Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan beberapa orang menteri lain, turut dicuri rekod perubatannya.
Penceroboh telah menyusup masuk komputer SingHealth, kumpulan penjagaan kesihatan terbesar Singapura, meliputi empat hospital, lima pusat perubatan khas nasional dan lapan poliklinik.

