Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Program sijil peningkatan guru Al-Quran dibuka

Oct 28, 2022 | 7:42 AM
PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT: Kelas SPGQ, bersama Ustaz Hafidz Wahab, yang juga merupakan Pensyarah Program Sijil Peningkatan Guru Al-Quran di Pergeraq. - Foto PERGERAQ
PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT: Kelas SPGQ, bersama Ustaz Hafidz Wahab, yang juga merupakan Pensyarah Program Sijil Peningkatan Guru Al-Quran di Pergeraq. - Foto PERGERAQ -

PUSAT pembelajaran Al-Quran setempat, Persatuan Guru-Guru Al-Quran atau Pergeraq, kini membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk mendalami pembelajaran Al-Quran atau kalam Allah ini.

Pergeraq membuka kelas mengaji dan program pengayaan Al-Quran, 'Program Sijil Peningkatan Guru Al-Quran' (SPGQ).

Ini merupakan program pendidikan berterusan yang ditawarkan oleh Pergeraq untuk guru-guru Al-Quran dan mereka yang ingin mendapatkan pentauliahan bagi peringkat nasional.

Ia merupakan satu program peningkatan yang bermatlamat untuk meningkatkan kemahiran para peserta dalam mengukuhkan lagi ilmu-ilmu dasar yang berkaitan dengan Al-Quran.

Dengan mengambil pendekatan yang berteraskan kemahiran, program ini diharapkan dapat mempersiap peserta secara seimbang dalam dunia pengajaran dan pembelajaran Al-Quran.

Menurut Setiausaha Eksekutif di Pergeraq, Encik Mohd Hanafiah Tumin, matlamat program SPGQ ini adalah melengkapkan peserta atau pelajar yang berminat untuk mendalami pengetahuan mereka dalam Al-Quran.

"Program SPGQ ini bermatlamat melengkapkan peserta dengan pengetahuan asas berkenaan ilmu-ilmu Al-Quran, peningkatan kepada peserta yang telah mempunyai asas pendidikan Al-Quran, serta meningkatkan kemahiran asas dalam pengajaran dan pembelajaran Al-Quran yang bersesuaian dengan konteks dan keperluan semasa," jelas Encik Mohd Hanafiah.

Selain itu, Pergeraq turut menyediakan pembelajaran program Sijil Bahasa Arab 'SBA'.

Program SBA merupakan program peningkatan dan lanjutan dari modul Asas Bahasa Arab serta program Sijil Peningkatan Guru Al-Quran.

Program ini bermatlamat untuk membangun dan melengkapkan peserta dengan pengetahuan ilmu-ilmu Bahasa Arab dari sudut pertuturan dan tulisan.

Program ini terarah kepada memberikan 'pemberatan' kepada kedua-dua aspek I'lmi (teori) dan juga A'mali (aplikasi).

Dengan mengambil pendekatan yang berteraskan kemahiran, program ini diharap dapat mempersiapkan peserta secara seimbang dalam dunia pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab.

Sila daftar melalui pautan: https://tinyurl.com/pergeraq-SBA-23.

INFO

Untuk makumat lanjut, sila hubungi Pergeraq di talian 6348-7057 (waktu pejabat) atau WhatsApp ke 8338-2447. Lungsuri laman pergeraq.sg, atau e-mel kepada pergeraqsgp@gmail.com. Pergeraq terletak di 218E Changi Road, #03-10, Bangunan PKMS, Singapura 419737.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg