Hanya Tuhan saja yang mengetahui perasaan hati ribuan pekerja asing yang terjebak dek wabak Covid-19 di negara kita sekarang. Ini termasuk mereka yang sudah dijangkiti dan terlantar di hospital, mereka yang bakal jalani ujian, dan mereka yang sihat tetapi sedang dikuarantin. Kesemua perantau ini terjebak di sini, tempat mereka mencari rezeki sambil berbakti kepada pembangunan negara kita.

Pada tengah hari semalam sahaja, Kementerian Kesihatan (MOH) telah mengesahkan 1,426 kes baru jangkitan Covid-19 di Singapura - kenaikan harian tertinggi dalam sehari sejak wabak itu bermula pada Januari. Daripada jumlah itu, 16 adalah warga Singapura dan penduduk tetap, sementara majoriti merupakan menjadi pekerja asing yang tinggal di asrama pekerja atau dormitori. Tidak pasti bagaimana keadaannya dalam beberapa hari mendatang dengan lebih banyak ujian kesihatan dilakukan di dormitari. Sehingga kini, terdapat seramai 323,000 pekerja asing yang tinggal di dormitori.

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti