Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ingin teroka kerja dalam bidang tenaga diperbaharui

Aug 17, 2022 | 5:30 AM
TERIMA BIASISWA: Encik Syed Hafiy Suhaimi Syed Jaffar Aljunied merupakan antara penerima Biasiswa Industri-Singapura (SgIS) 2022 dan akan melakukan latihan pekerjaan dengan syarikat REC Solar. - Foto BH oleh KEVIN LIM
TERIMA BIASISWA: Encik Syed Hafiy Suhaimi Syed Jaffar Aljunied merupakan antara penerima Biasiswa Industri-Singapura (SgIS) 2022 dan akan melakukan latihan pekerjaan dengan syarikat REC Solar. - Foto BH oleh KEVIN LIM -

SEMASA melakukan projek tahun akhirnya di Politeknik Singapura (SP), Encik Syed Hafiy Suhaimi Syed Jaffar Aljunied didedahkan kepada dunia tenaga yang boleh dibaharui atau renewable energy.

Minatnya dalam bidang tersebut berterusan sehingga zaman universitinya di Universiti Nasional Singapura (NUS) di mana beliau kini merupakan pelajar Tahun 3 dalam bidang Kejuruteraan Kimia.

"Ketika saya melakukan projek itu, banyak bacaan yang perlu dilakukan, jadi dari situ saya dapat tahu lebih lanjut tentang sumber-sumber tenaga, tenaga bersih dan teknologi.

"Dari situ, ia membuka mata saya terhadap dunia tenaga yang boleh dibaharui," kata anak kedua dari tiga beradik berusia 24 tahun itu.

Dengan perubahan iklim yang merupakan masalah besar yang dihadapi Singapura dan dunia kini, Encik Hafiy berkata beliau menganggapnya satu cabaran yang perlu ditangani dengan segera dan secepat mungkin.

Tidak hairanlah beliau ingin meneruskan kerjaya dalam bidang tersebut setelah tamat pengajiannya di NUS tahun depan.

Sebagai penerima Biasiswa Industri-Singapura (SgIS) 2022, nampaknya Encik Hafiy berada pada landasan yang betul memburu cita-citanya itu.

Beliau akan melakukan latihan pekerjaan dengan syarikat REC Solar selama lima minggu bermula hujung tahun ini dan setelah tamat pengajian di menara gading nanti, bakal terikat dengan syarikat tersebut selama dua tahun.

Melalui pengalaman tersebut, beliau akan mempelajari lebih lanjut tentang teknologi yang dibangunkan bagi kegunaan tenaga yang boleh dibaharui.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg