SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Inisiatif bantu pulih bekas penganut fahaman pelampau

Premium

Inisiatif bantu pulih bekas penganut fahaman pelampau

Beri tumpuan pada *perangi propaganda fahaman dalam talian dan media sosial *bantu tingkat ketahanan masyarakat terhadap fahaman *pulihkan semula dan bantu sepadu dalam masyarakat
Apr 18, 2015 | 5:30 AM

Inisiatif bantu pulih bekas penganut fahaman pelampau

SAMPAIKAN UCAPAN: Dr Mohamed Fatris (berdiri) menyampaikan ucapan dalam salah satu sesi panel di hari terakhir Simposium Sidang Puncak Asia Timur (EAS) mengenai Pemulihan Keagamaan dan Penyepaduan Semula Sosial semalam. Anggota panel lain terdiri daripada (dari kiri) Profesor Arie W. Kruglanski (Profesor Psikologi Unggul dari Universiti Maryland, Amerika Syarikat); Dr Zunyou Zhou (Ketua Bahagian China, Institut Max Planck bagi Undang-Undang Jenayah Antarabangsa, Jerman); dan Profesor Gunaratna (Ketua ICPVTR). - Foto ZAINAL YAHYA
SAMPAIKAN UCAPAN: Dr Mohamed Fatris (berdiri) menyampaikan ucapan dalam salah satu sesi panel di hari terakhir Simposium Sidang Puncak Asia Timur (EAS) mengenai Pemulihan Keagamaan dan Penyepaduan Semula Sosial semalam. Anggota panel lain terdiri daripada (dari kiri) Profesor Arie W. Kruglanski (Profesor Psikologi Unggul dari Universiti Maryland, Amerika Syarikat); Dr Zunyou Zhou (Ketua Bahagian China, Institut Max Planck bagi Undang-Undang Jenayah Antarabangsa, Jerman); dan Profesor Gunaratna (Ketua ICPVTR). - Foto ZAINAL YAHYA -

SIMPOSIUM Sidang Puncak Asia Timur (EAS) mengenai usaha meneroka strategi pemulihan semula dan pemaduan kembali bekas pengganas dan penganut fahaman pelampau berakhir dengan pelancaran satu wadah maklumat, idea dan strategi bagi membantu memulihkan pandangan hidup dan menyesuaikan diri mereka kembali kepada masyarakat.

Penganjurnya, Pusat Antarabangsa bagi Keganasan Politik dan Kajian Pengganasan (ICPVTR) Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), semalam melancarkan satu inisiatif, Jaringan Strategi bagi Jagaan Susulan dan Pemaduan Semula (Soar), yang menjadi platform perkongsian strategi bagi membantu pemulihan bekas penganut fahaman pelampau itu dalam kalangan pakar keselamatan dan cendekiawan sedunia.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg