Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Inisiatif kesihatan mental di tempat kerja

Jan 5, 2025 | 5:30 AM
Beberapa langkah proaktif telah diperkenalkan di tempat kerja oleh majikan.
Beberapa langkah proaktif telah diperkenalkan di tempat kerja oleh majikan. - Foto fail

Beberapa langkah proaktif telah diperkenalkan di tempat kerja oleh majikan.

Bayaran Bantuan Pekerjaan (EAP)

Perkhidmatan sokongan persendirian ini menyediakan akses kepada sumber kaunseling dan kesihatan mental bagi pekerja, dan memastikan mereka mempunyai ruang yang selamat untuk mendapatkan bantuan.

Tempoh Tenang (Time Out) atau Hari Kesihatan Mental

Lebih banyak syarikat kini mengakui keperluan untuk memberi rehat dari segi mental dengan menawarkan cuti kesihatan mental khusus, yang membantu menggalakkan perbualan mengenai pengambilan cuti demi kesejahteraan mental.

Bengkel dan Program Kesejahteraan

Sesi belajar mengurus tekanan, kesejahteraan dan bina daya tahan yang kerap melengkapkan pekerja dengan alat untuk menangani cabaran dengan lebih berkesan.

Rangkaian Sokongan Rakan Sebaya

Cipta platform di mana pekerja boleh berkongsi pengalaman dan menawarkan sokongan bersama untuk memupuk rasa kemasyarakatan dan mengurangkan perasaan terasing.

Penyelesaian Kesihatan Mental Digital

Dengan memanfaatkan teknologi, banyak pertubuhan kini menawarkan aplikasi kesihatan mental dan teleterapi, menjadikan sokongan lebih fleksibel dan mudah diakses.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg