Premium
Inisiatif seni PAssionArts eratkan hubungan keluarga
Jun 18, 2020 | 5:30 AM
MEWARNA SAMBIL BELAJAR: Menurut Cik Ammirah, melalui cogan kata bertema setiap minggu, seperti 'StayHome SG', beliau dapat mewarna bersama suaminya, Muhammad Ridzman Rosli dan anak-anaknya, Adam Rizqullah Muhammad Ridzman (kiri) dan Rabiatul Adawiyah Muhammad Ridzman (kanan) serta memaklumkan mengapa mereka tidak dapat lakukan aktiviti yang biasanya dilakukan seperti bermain di taman permainan dan kepentingan untuk duduk di rumah. - Foto ihsan SITI AMIRAH SAHARI -
DALAM satu usaha untuk mendorong rakyat Singapura berteguh bersatu semasa tempoh pemutus litar, PAssionArts telah menganjurkan "Color For SG", sebuah inisiatif kegiatan mewarna di rumah bagi mengeratkan hubungan keluarga melalui seni.
Inisiatif ini merupakan kerjasama antara PAssionArts bersama Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Kesihatan), Dr Lam Pin Min, Pertubuhan Akar Umbi (GRO) Sengkang West dan jawatankuasa NDP2020.

