Inisiatif SkillsFuture pertingkat kualiti latihan pendidikan dewasa
Inisiatif SkillsFuture pertingkat kualiti latihan pendidikan dewasa
Nov 1, 2018 | 6:32 PM
Menteri Negara Kanan (Perdagangan dan Perindustrian) Chee Hong Tat berucap di Simposium Pendidikan Dewasa 2018. FOTO: FACEBOOK/ INSTITUT PENDIDIKAN DEWASA SINGAPURA -
INISIATIF SkillsFuture baru yang bakal meningkatkan kualiti latihan pendidikan dewasa akan dilancarkan tidak lama lagi, menurut laporan The Straits Times.
Menteri Negara Kanan (Perdagangan dan Perusahaan) Chee Hong Tat mengumumkan bahawa mulai tahun depan, jurulatih kursus boleh menghadiri program Sijil Lanjutan dalam Pembelajaran dan Prestasi baru untuk mendapatkan kemahiran bagi membantu mereka mengajar dengan lebih baik.

