Inisiatif, teknologi baru bantu HDB capai tahap daya penghasilan 14.8% tahun lalu
Premium
Inisiatif, teknologi baru bantu HDB capai tahap daya penghasilan 14.8% tahun lalu
Oct 29, 2018 | 5:30 AM
HASIL MEMANFAATKAN TEKNOLOGI: Unit-unit bilik mandi pasang siap telah dipasang di sekitar 60 peratus flat baru yang dilancarkan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) sebelum ini. - Foto fail THE STRAITS TIMES -
INISIATIF dan teknologi baru pembinaan bangunan yang digunakan sejak beberapa tahun lalu terbukti membantu Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) mencapai tahap daya penghasilan keseluruhan sebanyak 14.8 peratus sepanjang tahun lalu, melebihi sasaran 14.5 peratus.
Dalam laporan tahunannya, HDB memetik faktor seperti teknologi prefabrikasi, penyeragaman reka bentuk dan perincian serta penggunaan bahan baru dan teknologi pembinaan.

