Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Insentif kewangan pemerintah dorong pelajar ITE lanjut pengajian diploma

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Insentif kewangan pemerintah dorong pelajar ITE lanjut pengajian diploma

Feb 16, 2024 | 09:16 PM



Sebelum ini, Cik Naila Alysa Mohamed Hafez, kurang berminat menimba ilmu tentang penggunaan komputer.

Namun, setelah berupaya menguasai perisian seperti Autocad, Revit dan Fusion 360, dengan minat terhadap reka bentuk dan sistem kejuruteraan semakin mendalam, pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Timur itu teruja meneruskan pengajian ke peringkat diploma.

Cik Naila membesar melihat ayahnya, Encik Mohammed Hafez Abdul Rahman, 50 tahun, bekerja dalam industri lif.

Beliau juga sering mendengar perbualan ayahnya bersama rakan sekerja beliau mengenai sektor kejuruteraan.

Justeru, hal itu mencetus minatnya sekali gus mendorong Cik Naila untuk mengetahui lebih lanjut tentang reka bentuk dan sistem kejuruteraan.

Pelajar berusia 18 tahun itu kini mengambil kursus Nitec Lanjutan selama dua tahun dalam jurusan Kejuruteraan Awam dan Struktur.

Sepanjang pengajian tersebut, beliau diberi peluang mendalami kemahiran pemodelan, reka bentuk kejuruteraan serta menguasai pelbagai perisian.

Pelajar tahun akhir itu kini berharap dapat melanjutkan pengajian bagi mengambil Diploma Kejuruteraan Teknikal dalam Kejuruteraan Awam & Struktur pula.

Antara sebab beliau bersemangat berbuat demikian adalah menyusuli pengumuman bahawa lulusan ITE akan meraih insentif kewangan bagi melanjutkan pengajian mereka, sebagaimana diumum Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, dalam Ucapan Belanjawan pada 16 Februari.

Di bawah Anugerah Kemajuan ITE yang baru diumum, lulusan berusia 30 tahun dan ke bawah yang membuat pilihan meneruskan pengajian diploma mereka layak menerima dua tokokan pemerintah.

Mereka yang mendaftar bagi program diploma berpeluang menerima tokokan $5,000 di dalam akaun pendidikan posmenengah mereka manakala sejurus selepas meraih diploma, $10,000 akan disalur ke Akaun Biasa, Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mereka.

Ganjaran yang bakal diterima itu mengukuhkan lagi keyakinannya bahawa masa depan lebih cerah akan dikecapi dengan melanjutkan pengajian ke peringkat diploma dan tidak setakat bekerja sejurus setelah mendapat kelulusan ITE.

Salah satu sebab inisiatif pemerintah dalam menaiktarafkan kemahiran dan kelulusan lanjutan lulusan ITE itu dibuat adalah bagi merapatkan jurang pendapatan agar mereka tidak rasa ketinggalan berbanding rakan lain yang sudah memiliki diploma.

Anak kedua dalam keluarga tiga beradik itu berharap dengan kelulusan diploma, beliau dapat lebih membina kerjaya yang memanfaatkan berbekal nyala rasanya dalam bidang pemodelan dan reka bentuk tiga dimensi (3D).

“Saya tahu minat dalam rekaan itu ketara apabila saya suka membina set Lego dan menyelesaikan permainan susun suai gambar pada masa lapang.

“Hobi saya itu membantu dalam menghasilkan visualisasi 3D dan dua dimensi (2D).

“Pengajian di ITE pula sudah banyak membuka ruang bagi saya meraih pendedahan pada pelbagai teknologi dan perisian.

“Antara yang saya hargai ialah program pertukaran ke Hong Kong selama 10 hari yang dianjurkan ITE dengan kerjasama Majlis Latihan Kejuruan (VTC) Hong Kong.


“Semasa program tersebut, saya mempelajari cara menggunakan teknologi dan perisian baru yang tidak pernah saya lihat atau gunakan. Satu contoh teknologi baru ialah perkakasan pengimbas.


“Ia adalah perisian imbasan 3D yang dipanggil ‘matterport’ dan digunakan untuk menghasilkan lukisan ruang.


“Cita-cita saya adalah mereka bentuk prasarana yang mampan seperti bangunan hijau dan sistem pengurusan ‘storm water’ atau air permukaan yang mencurah-curah di luar kebiasaan ekoran hujan lebat atau salji yang menderu-deru turun ke bumi,” katanya yang peka tentang keperluan sekitaran dan masyarakat susulan penglibatan dalam kerja sukarela.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >