Premium
Insiden langgar kapal di Tuas: Kapal Pireas silap
MPA ingatkan semua kapal beroperasi dalam had pelabuhan Singapura agar patuhi peraturannya
Mar 29, 2019 | 5:30 AM
BERLANGGAR: Kesilapan kapal Pireas (kanan) semasa membelok menyebabkan pelanggaran dengan kapal Polaris yang ketika itu sedang berlabuh di kawasan yang tidak diperuntukkan sebagai kawasan berlabuh dalam kawasan had pelabuhan Singapura. - Foto fail -
KEJADIAN perlanggaran antara kapal MV Pireas yang berdaftar di Greece dengan kapal kerajaan Malaysia, Polaris, adalah disebabkan kesilapan yang dibuat kapal Pireas semasa ingin membelok, kata Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA).
Menurut satu kenyataan semalam, MPA menyatakan pihaknya telah selesai menjalankan siasatan terhadap perlanggaran yang berlaku di perairan Singapura bulan lalu itu.

