Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Insiden tahan wanita dengan pisau di Yishun: Lelaki didakwa miliki senjata berbahaya

Jan 11, 2023 | 5:30 AM
7cea2643-0249-4764-a9bd-985fe69046b5
-

LELAKI yang disyaki menahan seorang wanita berusia 60 tahun dengan pisau didakwa semalam kerana memiliki senjata berbahaya di tempat awam.

Kes Mohamed Faizal Mohamed Ariff didengar kira-kira 10.30 pagi di Jabatan Pendaftaran Jenayah Mahkamah, dalam perbicaraan yang tidak terbuka kepada orang ramai.

Mohamed, 42 tahun, kini ditahan reman di Institut Kesihatan Mental (IMH) untuk pemeriksaan kesihatan.

Dia ditahan kelmarin selepas disyaki menahan seorang wanita dengan menggunakan pisau di Blok 108 Yishun Ring Road.

Polis telah menerima panggilan bantuan pada kira-kira 7.35 pagi, dan apabila pegawai tiba di tempat kejadian, mereka melihat seorang lelaki mengacu pisau ke leher seorang wanita.

Para pegawai bercakap dengannya sambil dia terus menahan wanita itu dengan pisau dan bergerak kira-kira 50 meter ke sebuah kedai kopi. Para pegawai kemudian melucutkan senjata dan menangkapnya.

Kejadian itu berlangsung kira-kira 20 minit.

Wanita itu mengalami kesan melecet di dagu kanannya. Pisau itu dirampas.

Siasatan awal Biro Narkotik Pusat (CNB) mendapati air kencing lelaki itu didapati positif dadah terkawal.

Siasatan sedang dijalankan, termasuk sama ada kesalahan yang disyaki berkaitan dadah dilakukan.

Video insiden yang disiarkan di Facebook menunjukkan pegawai dari Pasukan Respons Kecemasan (ERT) Pasukan Polis Singapura (SPF) di tempat kejadian, memakai jaket kalis peluru dan bersenjata senapang.

ERT adalah unit taktikal khusus yang dilengkapi dengan kemahiran taktikal untuk bertindak balas terhadap serangan pengganas, dan kes yang melibatkan senjata api dan senjata berbahaya, seperti pisau.

Mereka yang disabitkan kesalahan memiliki senjata untuk menyerang di tempat awam boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan dirotan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg