KEMENTERIAN Pendidikan (MOE) berharap agar institut pendidikan bersikap terbuka dan bertindak tepat pada masanya apabila mereka menangani dakwaan salah laku seksual, kata Menteri Pendidikan, Encik Lawrence Wong, pada Isnin (2 November).
Pada masa yang sama, kata beliau, institut tersebut perlu menimbangkan fakta-fakta kes berkenaan selain perlunya memastikan keselamatan masyarakat mereka dan menjaga kebajikan serta privasi mangsa dan anggota lain masyarakat yang terjejas secara langsung.
Mereka juga perlu memastikan siasatan polis tidak terjejas, kata Encik Wong dalam jawapan bertulisnya kepada Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP), Cik He Ting Ru (GRC Sengkang), di Parlimen, lapor The Straits Times (ST).
Pertanyaan Cik He itu diketengahkan di sebalik insiden melibatkan seorang kakitangan pendidikan Universiti Nasional Singapura (NUS) yang telah diberhentikan kerana mempunyai hubungan intim bersama seorang siswazah - satu perbuatan yang melanggar tata laku NUS bagi kakitangannya.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg