Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Institut Pengajian Tinggi sokong industri agri-makanan secara proaktif

Nov 10, 2022 | 8:00 PM
LANGKAH KEMAMPANAN: Dr Koh Poh Koon (kanan) menyaksikan Robot Kolaboratif (Cobot) melakukan proses pembenihan di ITE Kolej Timur semalam. - Foto BH oleh LIM YAOHUI
LANGKAH KEMAMPANAN: Dr Koh Poh Koon (kanan) menyaksikan Robot Kolaboratif (Cobot) melakukan proses pembenihan di ITE Kolej Timur semalam. - Foto BH oleh LIM YAOHUI -

INSTITUT Pengajian Tinggi (IHL) termasuk Politeknik Nanyang (NYP), Politeknik Ngee Ann, Politeknik Republic (RP), Politeknik Temasek (TP) dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) telah mengambil langkah untuk menyokong industri agri-makanan secara proaktif termasuk di luar negara, kata Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon. Berucap di Forum Agri-Makanan Singapura - Shizuoka pada Khamis (10 Nov), Dr Koh berkata langkah itu menjangkaui misi teras mereka untuk melatih dan membangunkan bakat industri tersebut. "Mereka telah memberi respons kepada seruan mempersiapkan industri dalam bidang baru ini, dengan membangunkan kemampuan dan menawarkan program latihan demi melengkapkan tenaga kerja kami dengan kemahiran baru yang diperlukan bagi industri agri-teknologi," katanya. Lantas kerjasama negara ini dengan wilayah Shizuoka ternyata berharga, tambahnya. Beliau memberi contoh bagaimana di Forum Agri-Makanan Singapura-Shizuoka pada 2020 menyaksikan syarikat ladang menegak dalam kawasan tertutup yang terbesar di Singapura, Sustenir, berkerjasana dengan syarikat Masuda Seeds untuk membawa masuk sejenis sayur, kale, dari Jepun ke Singapura. "Ladang-ladang kami telah menjalani transformasi dan mendakap teknologi moden juga. "Seperti contoh, sebuah ladang setempat, Indoor Farm Factory Innovation (IFFI), telah memupuk teknologi dan data untuk meningkatkan mutu penghasilan perkebunan mereka," katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg