Topik diikuti
Pergi ke BHkuInsurans CareShield Hayat bermula Okt ini
Skim beri bayaran bulanan jika seseorang alami kurang upaya tahap serius dan perlu jagaan jangka panjang
Aug 29, 2020 | 5:30 AM
Insurans CareShield Hayat bermula Okt ini
SKIM insurans, CareShield Hayat yang memberi bayaran sepanjang hayat sekurang-kurangnya $600 sebulan jika seseorang itu mengalami kurang upaya tahap serius yang memerlukan jagaan jangka panjang, akan bermula pada 1 Oktober tahun ini.
Ia wajib bagi semua penduduk yang dilahirkan dari 1980 ke atas, atau mereka yang berusia 40 tahun ke bawah pada tahun ini, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH).