Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Intai masa lampau S’pura dari lensa doktor Britain

Oct 2, 2023 | 5:30 AM
KOLEKSI GAMBAR DIBUKUKAN: Mendiang Dr Ivan Polunin yang juga profesor universiti cenderung merakam perkembangan negara dalam bentuk gambar, rakaman audio dan sebagainya.
KOLEKSI GAMBAR DIBUKUKAN: Mendiang Dr Ivan Polunin yang juga profesor universiti cenderung merakam perkembangan negara dalam bentuk gambar, rakaman audio dan sebagainya. - Foto DR RICHARD TENAZA

Beliau tiba di Singapura dari England pada 1948 sebagai seorang doktor perubatan berusia 28 tahun.

Pada ketika itu, Dr Ivan Polunin, yang ditugaskan untuk berkhidmat di hospital Johor dan Singapura, akan menghabiskan masa dengan mengajar pelajar perubatan serta menyelidik penyakit tropika.

Menggunakan fotografi untuk merakamkan keadaan penduduk asli Tanah Melayu yang menghidapi penyakit, mendiang Dr Polunin berjaya mengumpulkan koleksi hampir 40,000 keping gambar, 400 rakaman audio serta rakaman filem sepanjang 25 jam dari seluruh Asia Tenggara.

SINGKAP SEJARAH: Pemandangan Stamford Road menghadap pelabuhan, dengan Muzium Negara dan bangunan lama YMCA di sebelah kanan, serta Katedral St Andrew dan bangunan Mahkamah Agung di latar belakang. Gambar dirakam pada akhir 1950-an, sebelum pembinaan bangunan Perpustakaan Negara di Stamford Road.
SINGKAP SEJARAH: Pemandangan Stamford Road menghadap pelabuhan, dengan Muzium Negara dan bangunan lama YMCA di sebelah kanan, serta Katedral St Andrew dan bangunan Mahkamah Agung di latar belakang. Gambar dirakam pada akhir 1950-an, sebelum pembinaan bangunan Perpustakaan Negara di Stamford Road. - Foto DR RICHARD TENAZA

Hasil kerjanya itu turut merakamkan pelbagai aspek Singapura pada era penjajahan dan selepas ia mengecap kemerdekaan. 

Ia meliputi pemandangan tanah ladang, paya bakau dan masyarakat di pesisir; penumpang menaiki tongkang semasa menuju ke Pulau Kusu; pemandangan bangunan pencakar langit OCBC setinggi 198 meter pada pertengahan 1970-an, dikelilingi rumah kedai Chinatown. 

BIMBINGAN PAKAR: Pada pagi Sabtu, Dr Polunin akan menemani pelajar perubatan melawat pelbagai tempat menarik. Gambar yang dipetik ini menunjukkan seorang guru pakar sedang mengajar kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran bercakap dengan mengikut getaran suaranya di sekolah bagi mereka yang cacat pendengaran pada 1968.
BIMBINGAN PAKAR: Pada pagi Sabtu, Dr Polunin akan menemani pelajar perubatan melawat pelbagai tempat menarik. Gambar yang dipetik ini menunjukkan seorang guru pakar sedang mengajar kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran bercakap dengan mengikut getaran suaranya di sekolah bagi mereka yang cacat pendengaran pada 1968. - Foto DR RICHARD TENAZA

Dr Polunin, yang meninggal dunia pada 2010 pada usia 90 tahun, menghabiskan dekad terakhir hidupnya menyusun hasil kerjanya dengan mendokumentasikan rakaman masyarakat luar bandar di sekitar Singapura, dengan harapan untuk membukukan pengalaman beliau itu.

Digelar ‘Das Buch’ (Bahasa Jerman yang bermaksud ‘The Book’), draf buku tersebut telah dibiarkan begitu sahaja tanpa disentuh selama sedekad selepas kematiannya, sehinggalah cucu beliau, Cik Asmara Rabier, 29 tahun, mengambil keputusan untuk menghidupkan semula projek tersebut.

Cik Rabier kini sedang bekerjasama dengan salah seorang ahli sejarah terkemuka Singapura, Dr Kevin Y.L. Tan.

LUMBA KOLEK: Sukan Laut Tahun Baru sedang berlangsung di Pelabuhan Singapura, di luar Collyer Quay, pada 1951. Sejak 1834, masyarakat berperahu meraikan Tahun Baru dengan menganjurkan lumba kolek.
LUMBA KOLEK: Sukan Laut Tahun Baru sedang berlangsung di Pelabuhan Singapura, di luar Collyer Quay, pada 1951. Sejak 1834, masyarakat berperahu meraikan Tahun Baru dengan menganjurkan lumba kolek. - Foto DR RICHARD TENAZA

Memberitu akhbar The Straits Times, Cik Rabier berkata, hasil kerja datuknya yang mendalam itu mencerminkan keperibadian Dr Polunin, yang sering menunjukkan rasa kasih sayang serta rasa hormat terhadap alam semula jadi dan manusia di sekelilingnya.

“Hasil kerjayanya ini memaparkan secebis sejarah dunia yang hanya dialami segelintir individu sewaktu zaman kanak-kanak mereka.

“Saya benar-benar percaya ada pengajaran berharga yang dapat kita pelajari daripada hasil kerja ini,” kata beliau.

KENANGAN ZAMAN DAHULU: Kanak-kanak bermain jong dekat kawasan pantai di Pulau Sudong, sebahagian daripada pulau-pulau selatan negara ini, pada 1970-an.
KENANGAN ZAMAN DAHULU: Kanak-kanak bermain jong dekat kawasan pantai di Pulau Sudong, sebahagian daripada pulau-pulau selatan negara ini, pada 1970-an. - Foto DR RICHARD TENAZA

Buku ‘Once Upon An Island: Images Of Singapore (1950-1980) Through The Lens Of Dr Ivan Polunin’ kini sedang dicetak.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan perkembangan terkini mengenai majlis pelancaran buku itu di laman www.ivanpolunin.com atau di Instagram @ivanpoluninarchives.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg