Premium
'Internship' tamat terus dilamar tawaran kerja
Jan 17, 2019 | 5:30 AM
POLITEKNIK PERSIAP PELAJAR: Pengajian di Politeknik Republik mempersiap Cik Nur Syafiqah bagi kerjayanya sekarang sebagai pegawai pentadbiran di KKH. -
Kelmarin, Berita Harian melaporkan pelajar yang baru tamat pengajian di politeknik terus menjadi buruan majikan dan mampu meraih gaji tinggi. Ini menyusuli laporan Tinjauan Pekerjaan Siswazah (GES) terkini, yang dijalankan kesemua lima politeknik setempat. Wartawan SHAHIDA SARHID (sshahida@sph.com.sg) menemu ramah dua pelajar politeknik yang mampu mendapatkan pekerjaan sebelum majlis penyampaian diploma mereka tahun lalu.
SEBELUM majlis penyampaian diplomanya pada April tahun lalu, Cik Nur Syafiqah Mohd Hanifah sudahpun menerima tawaran bekerja secara tetap sebagai pegawai pentadbiran di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH).

