Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

IO palsukan kenyataan: Lapan siasatan koroner dibuka semula

Oct 19, 2021 | 5:30 AM
5b9a027b-bf68-4e37-9e07-aa5c2b925a3d
-

LAPAN siasatan koroner yang sudah selesai dibuka semula selepas seorang pegawai penyiasat (IO) didakwa memalsukan kenyataan daripada orang lain, termasuk anggota keluarga individu yang meninggal dunia dalam kes-kes itu.

Mahkamah diberitahu semalam bahawa kes-kes tersebut dikendalikan IO Kenny Cheong, yang didakwa melakukan kesalahan tersebut hasil siasatan Pejabat Ehwal Dalaman Pasukan Polis Singapura (SPF).

Difahamkan bahawa Cheong kini digantung daripada berkhidmat, menurut laporan The Straits Times.

Semua siasatan terjejas dikendalikan Koroner Negara Marvin Bay, dan beliau diminta memeriksa kembali kes-kes tersebut. Sekurang-kurangnya empat daripada kes itu melibatkan kemalangan trafik yang menyebabkan kematian.

Siasatan bagi kes-kes itu dijalankan antara 2016 hingga 2017. Salah satu kes itu melibatkan pekerja penghantaran Tan Kiah Huat, yang menunggang motosikal dan terlibat dalam nahas jalan raya pada 21 Disember 2016. Warga Singapura berusia 62 tahun itu meninggal dunia.

Mahkamah diberitahu bahawa IO Cheong menyediakan kenyataan oleh kakak Encik Tan yang tidak boleh mendengar atau berbual.

Dalam kenyataan itu, kakak beliau dikatakan berkata adiknya bersikap seperti biasa sebelum kematiannya dan tidak mempunyai sebarang tanda-tanda ingin membunuh diri.

Ternyata kenyataan itu palsu. Seorang pakar bahasa isyarat kemudian berkomunikasi dengan wanita itu dan mengetahui bahawa beliau tidak dihubungi IO Cheong untuk memberi kenyataan.

Perbicaraan kes itu akan diteruskan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg