SPH Logo mobile
Langgan|

Iras beri amaran panggilan WhatsApp menyamar sebagai pihak berkuasa cukai

Iras beri amaran panggilan WhatsApp menyamar sebagai pihak berkuasa cukai

Jun 15, 2022 | 5:30 AM

Iras beri amaran panggilan WhatsApp menyamar sebagai pihak berkuasa cukai

PANGGILAN TIPU MENINGKAT: Iras telah mengeluarkan tiga amaran penipuan dalam masa tujuh hari. - Foto IRAS
PANGGILAN TIPU MENINGKAT: Iras telah mengeluarkan tiga amaran penipuan dalam masa tujuh hari. - Foto IRAS -

PENGUASA Hasil Mahsul Singapura (Iras) kelmarin telah memberi amaran tentang panggilan di WhatsApp oleh penipu yang menyamar sebagai pihak berkuasa cukai.

Ini merupakan nasihat penipuan ketiga yang dikeluarkan Iras dalam tempoh tujuh hari terakhir ini.

Panggilan yang dilakukan melalui WhatsApp menggunakan nombor luar negara dengan tanda "+", dan juga logo rasmi Iras sebagai gambar profil.

Iras berkata ia tidak membuat panggilan melalui aplikasi mesej seperti WhatsApp, Telegram atau Viber.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengendahkan panggilan sedemikian dan untuk tidak memberikan sebarang butiran peribadi atau akaun bank, atau membuat sebarang pembayaran ke akaun bank pihak ketiga atau mengikut sebarang arahan oleh pemanggil," tambah Iras.

Orang ramai juga harus menyekat akaun ini untuk memberi isyarat kepada aplikasi mesej seperti WhatsApp untuk menghapuskan akaun penipuan tersebut, kata Iras.

Mereka menambah bahawa laman web "Check First" boleh digunakan untuk mengesahkan sama ada panggilan tersebut sah ataupun tidak.

Orang ramai boleh memasukkan nombor telefon ke dalam laman web tersebut untuk melihat sama ada nombor itu ada kaitan dengan Iras.

Jika tidak, panggilan itu berkemungkinan merupakan panggilan penipuan.

Jika masih ragu, orang ramai masih boleh menghubungi Iras melalui talian hotline 1800-356 8300 atau di laman web mereka.

Sebelum ini Iras telah memberi amaran tentang penipuan e-mel yang dikatakan daripada pihak berkuasa cukai di tengah-tengah permulaan musim pemfailan cukai korporat, yang akan berakhir tahun ini pada 30 November.

E-mel pancingan data menipu mempunyai domain @iras.gov.sg dan mengarahkan penerima untuk menyemak status penyata cukai pendapatan korporat mereka atau memfailkan penyata cukai mereka dengan mengklik pada fail yang dilampirkan.

Iras berkata ia tidak meminta butiran peribadi pembayar cukai atau sebarang maklumat sulit melalui e-mel atau pautan web yang longgar.

Ia sebelum ini juga memberi amaran tentang e-mel penipuan yang meminta penerima mengklik pautan penipuan untuk membuat pembayaran kerana percanggahan dalam penyata cukai mereka.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg