Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Iras: Waspada laman web palsu minta data peribadi bagi dapatkan bayaran balik cukai

Jan 25, 2022 | 5:30 AM
- Foto fail
- Foto fail -

PENGUASA Hasil Mahsul Singapura (Iras) semalam memberi amaran mengenai skim penipuan melibatkan laman web palsu yang mengundang pengguna agar memberikan data peribadi untuk mendapatkan pembayaran balik cukai.

Laman web palsu di iras.gov-sg.web.do itu menggunakan logo Iras dan mendakwa ia adalah "borang pembayaran balik cukai".

Ia menawarkan pembayaran balik cukai sekitar $1,000 dan meminta nama penuh, alamat e-mel dan butiran kad debit atau kredit pengguna.

Laman web betul Iras boleh dilungsuri menerusi iras.gov.sg.

"Tolong jangan respon, beri sebarang butiran peribadi, membuat sebarang bayaran atau mengikut apa-apa arahan yang diberikan," kata Iras.

Ia menggesa mereka yang telah melakukan demikian agar membuat laporan polis.

Iras menambah bahawa apa-apa pembayaran balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan cukai pendapatan korporat yang benar akan dimasukkan langsung ke akaun bank pengguna.

Bagi pembayaran balik cukai pendapatan peribadi dan cukai hartanah, Iras akan sama ada memasukkan wang itu langsung ke akaun bank pengguna, menerusi pemindahan telegraf atau menghantar cek sekiranya mereka tidak membayar cukai menerusi sistem debit langsung elektronik Giro.

"Jika Iras memerlukan maklumat daripada anda, Iras tidak akan mendedahkan mahupun meminta butiran peribadi anda atau sebarang maklumat rahsia menerusi e-mel atau pautan web tidak selamat.

"Pegawai Iras akan mengarahkan anda untuk menggunakan borang relevan yang dikunci menggunakan log masuk Singpass atau pautan pendaftaran yang boleh didapatkan di laman web Iras untuk melengkapi butiran peribadi dan maklumat akaun bank anda, jika perlu," kata penguasa itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg