Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

IRO lantik presiden baru

May 26, 2024 | 6:30 PM
Encik Noor Mohamed Marican akan mengundurkan diri sebagai Presiden Pertubuhan Antara Agama (IRO) selepas menamatkan penggal khidmatnya.
Encik Noor Mohamed Marican akan mengundurkan diri sebagai Presiden Pertubuhan Antara Agama (IRO) selepas menamatkan penggal khidmatnya. - Foto oleh IRO

Peguam Encik Noor Mohamed Marican, 74 tahun, akan undur diri sebagai Presiden Pertubuhan Antara Agama (IRO) dan akan digantikan oleh Encik Gurmit Singh.

Encik Gurmit, 74 tahun, yang merupakan Timbalan Pengerusi pertubuhan, Humanity Matters akan berkhidmat sebagai presiden untuk penggal 2024 hingga 2025.

Encik Noor telah berkhidmat selaku pemimpin IRO selama setahun.

Sebelum ini, beliau pernah memegang peranan presiden pada 2014.

Barisan jawatankuasa eksekutif IRO lain, tidak mempunyai perubahan.

IRO ditubuhkan pada 1949 bagi mempromosi keharmonian dan kerjasama di antara kumpulan agama di sini. Anggotanya terdiri daripada sembilan kumpulan agama termasuk Islam, Hindu, Kristian, Buddha dan Taois.

Dalam ucapan semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang diadakan pada 26 Mei, Encik Noor menekankan peranan kritikal kepimpinan antara agama di tengah-tengah cabaran global seperti konflik Gaza, dan menekankan keperluan melindungi keharmonian sosial.

“Anggota akan mengakui bahawa sejak tahun lalu kita menghadapi cabaran sedemikian.

“Kesan peperangan Gaza dirasakan seluruh dunia, mencetuskan kebimbangan mengenai kesan terhadap keharmonian sosial. Walaupun sebagai masyarakat yang jauh dari konflik itu, kita telah melihat kesannya.

Justeru, pada masa sedemikian, adalah penting untuk pemimpin antara agama melangkah ke hadapan dan menunaikan kewajipan untuk menjaga hubungan kita, ” kata Encik Noor.

Walaupun krisis Timur Tengah jauh dari Singapura, Encik Noor menambah bahawa ia memerlukan perhatian dan Singapura perlu berwaspada terhadap kesan kepada keharmonian sosial.

“Pemerintah bijak mengimbangi pendekatannya, memastikan suara yang adil dan tegas memperjuangkan penyelesaian secara aman.

“Ia adalah penting bagi IRO untuk memainkan peranannya dalam menyokong pendirian Singapura dan melindungi persahabatan antara agama.

Ini berfungsi sebagai contoh kewujudan bersama, mempamerkan kekuatan perpaduan di tengah-tengah kepelbagaian,” kata Encik Noor.

Beliau melahirkan harapan agar presiden dan jawatankuasa seterusnya akan terus berbuat demikian, memandangkan cabaran ini akan berterusan.

IRO telah bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan yang berdedikasi untuk memelihara keharmonian agama di Singapura.

Ini termasuk pemimpin agama, pegawai pemerintah, ahli akademik, diplomat, dan kumpulan masyarakat sivil.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg