Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

ISD: ISIS kekal sebagai ancaman utama di Asia Tenggara

Jul 26, 2024 | 4:44 PM
Lelaki yang menyerang balai polis di Ulu Tiram, Johor, pada 17 Mei lalu, berkemungkinan menjadi radikal oleh ideologi ganas ISIS.
Lelaki yang menyerang balai polis di Ulu Tiram, Johor, pada 17 Mei lalu, berkemungkinan menjadi radikal oleh ideologi ganas ISIS. - Foto Bernama

Asia Tenggara terus menghadapi ancaman pengganasan aktif, terutamanya daripada kumpulan militan ISIS, kata Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) Singapura.

Dalam laporan tahunannya mengenai pengganasan yang dikeluarkan pada 25 Julai, ISD berkata rantau ini terus menyaksikan serangan berkaitan ISIS atau yang dirancang oleh ISIS dan percubaannya yang digagalkan.

Pada 17 Mei, seorang lelaki radikal yang berkemungkinan terdorong oleh ideologi ganas ISIS menyerang sebuah balai polis di Ulu Tiram, Johor, menggunakan parang, membunuh dua pegawai polis dan mencederakan seorang lagi.

ISD berkata insiden itu menekankan betapa ideologi radikal seperti yang dilaungkan oleh ISIS terus bergema dalam kalangan mereka yang terdedah dan tersilap.

“Hakikat serangan itu dilakukan menggunakan senjata tajam yang mudah didapati juga menonjolkan betapa serangan oleh pelaku bersendirian yang menggunakan cara mudah kekal sebagai ancaman serius,” tambah ISD.

Penyerang itu, seorang warga Malaysia berusia 21 tahun, ditembak mati oleh pegawai polis di tempat kejadian. Lima ahli keluarganya didakwa di mahkamah bagi kesalahan berkaitan pengganasan.

ISD berkata Singapura kekal sebagai sasaran berharga dan terus dipaparkan dalam propaganda ISIS.

Satu ulasan yang dibuat pada Mac dalam sebuah forum laman web pro-ISIS mencadangkan ‘mujahidin’ harus menyerang “orang Cina di luar China” di negara Islam dan Barat, khususnya menyebut Malaysia dan Singapura.

ISD berkata penyokong ISIS di Asia Tenggara menggunakan komunikasi dalam talian untuk berhubung dengan orang berfikiran sama di rantau ini dan menghasut pengganasan.

Agensi itu menunjuk kepada kumpulan media pro-ISIS berpangkalan di Filipina, Yayasan Media Al Fursan, yang dilaporkan bekerjasama dengan kumpulan pro-ISIS yang dikatakan berpangkalan di Malaysia.

Mengenai Jemaah Islamiyah (JI), ISD berkata ancaman yang ditimbulkan oleh kumpulan pengganas itu kekal, walaupun kepimpinan kanannya mengumumkan pada 30 Jun bahawa ia akan dibubarkan.

Pembubaran JI adalah pencapaian besar bagi pihak berkuasa Indonesia, kata ISD, sambil menyatakan kumpulan itu telah dilemahkan dan dihancurkan oleh gelombang serangan dan penangkapan awal terhadap pemimpin dan anggotanya sejak 2019.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg