Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Istana akan dibaik pulih separuh kedua 2024

Jan 12, 2024 | 6:53 PM
BAKAL DIBAIK PULIH: Istana Singapura akan menjalani kerja-kerja baik pulih secara besar-besaran mulai separuh kedua 2024
BAKAL DIBAIK PULIH: Istana Singapura akan menjalani kerja-kerja baik pulih secara besar-besaran mulai separuh kedua 2024 - Foto ST

Istana Singapura akan menjalani kerja-kerja baik pulih secara besar-besaran mulai separuh kedua 2024.

Rancangan membaik pulih beberapa monumen negara, termasuk Istana, diumumkan oleh Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, semasa Bahas Jawatankuasa Perbekalan pada Mac 2021.

Bangunan utama Istana dibina antara 1867 dengan 1869 dan diwartakan sebagai monumen negara pada 1992, menurut Lembaga Warisan Negara (NHB) dalam satu kenyataan pada 12 Januari.

Sejak kali akhir kerja ubah suai Istana secara besar-besaran dilakukan pada 1990-an, bangunan itu telah mengalami pelbagai masalah lusuh, tambah NHB.

NHB berkata kerja-kerja membaik pulih dan menyelenggara secara berkala diperlukan untuk memelihara monumen itu, di samping mengekalkan peranannya sebagai sebuah bangunan pemerintah yang berfungsi dengan baik, serta tempat untuk pelbagai acara negara dan masyarakat, lapor The Straits Times (ST).

Kerja-kerja pemulihan itu diperlukan untuk menangani masalah kerosakan akibat faktor persekitaran seperti hujan dan kelembapan, yang menjejas struktur dan kerja pertukangan kayu bangunan itu, tambahnya.

Langkah perlu diambil untuk mengelakkan masalah penyerapan kelembapan, membaik pulih sebahagian struktur, di samping menukar sistem elektrikal dan mekanikal lama untuk mencapai kecekapan tenaga lebih tinggi, katanya.

Satu tender telah dikeluarkan pada 12 Januari untuk sebilangan kontraktor yang disenarai pilih menyertai projek membaik pulih Istana.

Kontraktor terpilih dipelawa mengemukakan saranan dan harga bidaan bagi projek tersebut.

Tender tersebut dijangka diberikan pada separuh kedua 2024.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg