Topik diikuti
Pergi ke BHkuIstana bakal adakan Rumah Terbuka sempena Tahun Baru Cina pada 5 Feb; pendaftaran dalam talian untuk dapat tiket percuma
Istana bakal adakan Rumah Terbuka sempena Tahun Baru Cina pada 5 Feb; pendaftaran dalam talian untuk dapat tiket percuma
Istana bakal adakan Rumah Terbuka sempena Tahun Baru Cina pada 5 Feb; pendaftaran dalam talian untuk dapat tiket percuma
ISTANA akan mengadakan rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina pada 5 Februari dengan pengunjung perlu mendaftar dalam talian tiket percuma lebih awal.
Permohonan dalam talian akan dibuka mulai 10 pagi Isnin depan (24 Januari) hingga 10 pagi Selasa depan di laman beralamat https://tinyurl.com/lnyioh22, jelas Istana pada Jumaat (21 Januari).
Setiap permohonan terbatas pada maksimum lima tiket. Pengunjung boleh memilih slot dua jam apabila mereka bermohon, dengan masa permulaan 9 pagi, 11 pagi, 1 petang atau 3 petang.
Tiket akan diperuntukkan oleh sistem mengundi dengan keputusan mengundi itu muktamad.
Setiap tiket membolehkan kemasukan seorang pengunjung ke rumah terbuka itu pada masa yang ditetapkan. Kanak-kanak termasuk bayi memerlukan tiket yang sah untuk dibenarkan masuk.
Langkah jarak selamat juga menjadi sandaran. Tiada persembahan, sesi jelajah atau trak makanan dengan hanya taman terbuka buat pengunjung.
Tiada sesi jelajah bangunan utama yang dikendalikan.
Reruai yang menjual cenderahati Istana edisi terhad dan Cabaran Presiden akan tersedia.
Semua hasil jualan akan disalurkan kepada badan amal yang disokong Cabara Presiden, kempen mengumpul dana dan mendekati masyarakat tahunan. Namun, hanya bayaran tanpa tunai menerusi PayNow diterima.
Sekitar 2,000 orang mengunjungi Istana pada rumah terbuka yang lalu, yang diadakan pada 4 November tahun lalu sempena sambutan Deepavali.
Duta jarak selamat akan dikerahkan bagi memastikan pengunjung memerhatikan langkah jarak selamat, kata Istana lagi.