Topik diikuti
Pergi ke BHkuIstana masih dibanjiri warga yang mahu utus takziah
Istana masih dibanjiri warga yang mahu utus takziah
Istana masih dibanjiri warga yang mahu utus takziah

RASA RAPAT WALAU TIDAK BERTEMU: Semasa di sekolah rendah, Cik Farhana Rosli pernah melihat Encik Nathan di Istana. Walaupun tidak bertemu akibat kerumunan orang, Cik Farhana hanya mengaguminya dari jauh. -
Aug 26, 2016 | 5:30 AM
WALAUPUN orang ramai dijemput memberi penghormatan terakhir kepada mendiang mantan Presiden S R Nathan semalam di Bangunan Parlimen, pintu masuk Istana tetap mempunyai aliran pengunjung.
Orang ramai boleh menulis kata-kata takziah mereka bagi mendiang Encik Nathan pada kad yang disediakan dan memaparkannya di sana, ataupun memberi bunga sebagai ucapan takziah.
