Isu 38 Oxley Rd: Jawatankuasa Menteri bentang tiga pilihan
Premium
Isu 38 Oxley Rd: Jawatankuasa Menteri bentang tiga pilihan
Keputusan ke atas rumah itu akan diputuskan oleh pemerintah masa depan
Apr 3, 2018 | 5:30 AM

-
JAWATANKUASA Menteri yang dibentuk untuk menimbangkan masa depan rumah 38, Oxley Road, telah membentangkan tiga pilihan dan berkata keputusan berhubung perkara itu akan ditentukan pemerintah akan datang.
Ini kerana keputusan ke atas rumah mendiang Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew itu tidak perlu dibuat sekarang memandangkan anak perempuan Encik Lee, Dr Lee Wei Ling, telah menyuarakan hasrat untuk terus tinggal di situ.

