Kementerian Pendidikan (MOE) baru-baru ini mengumumkan rangka kerja disiplin yang lebih ketat bagi menangani salah laku serius di sekolah, termasuk kes buli.

Langkah itu dilihat sebagai usaha memperkukuh perlindungan terhadap mangsa melalui hukuman seperti ditahan atau digantung sekolah, penurunan gred tingkah laku dan sebatan rotan bagi kesalahan tertentu.