Topik diikuti
Pergi ke BHkuTan Cheng Bock cantum, susun semula hujah saya - Shanmugam

Oct 10, 2017 | 5:30 AM
Tan Cheng Bock cantum, susun semula hujah saya - Shanmugam
MENTERI Undang-undang K. Shanmugam berkata kelmarin bahawa bekas calon presiden, Dr Tan Cheng Bock, telah "mencantum" dan "menyusun semula" hujahnya supaya membayangkan sesuatu yang tidak dikatakan beliau.
Perkara yang menjadi isu adalah sama ada Encik Shanmugam telah berkata bahawa Pemerintah akan menerbitkan nasihat yang diberikan Pejabat Peguam Negara (AGC) kepada Pemerintah, berkenaan isu perundangan mengenai pilihan raya presiden yang diperuntuk.