Isu penakatan, masa depan S'pura, perlu persefahaman, konsensus luas
Premium
Isu penakatan, masa depan S'pura, perlu persefahaman, konsensus luas
Berikut sedutan ucapan Presiden Halimah Yacob yang disampaikan sempena upacara pembukaan Parlimen ke-14 Singapura
Aug 25, 2020 | 5:30 AM
PENGGAL BARU PEMERINTAH: Presiden Halimah Yacob menyampaikan ucapan yang membentangkan keutamaan dan dasar pemerintah bagi penggal baru. - Foto GOV.SG -
KITA memulakan penggal pemerintah baru di bawah bayangan Covid-19. Singapura terlibat sepenuhnya dalam perjuangan ini. Jangkitan baru telah dapat dikawal. Kita telah selesai menguji semua pekerja asing di dormitori dan secara bertahap-tahap membolehkan mereka kembali bekerja dengan selamat. Kadar kematian juga kekal amat rendah.
Namun, situasinya terus berkembang.

