Isu perkauman dan seksisme perlu dibincang secara inklusif

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Isu perkauman dan seksisme perlu dibincang secara inklusif

Jun 13, 2021 | 5:30 AM

Isu perkauman dan seksisme perlu dibincang secara inklusif

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pembangunan Negara), Cik Sim Ann.
Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pembangunan Negara), Cik Sim Ann. -

ISU perkauman dan seksisme adalah dua 'penyakit serupa' yang telah wujud dalam masyarakat sejak sekian laman, namun kedua-dua isu itu mempunyai pelbagai aspek dan layak ditangani secara individu, kata Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pembangunan Negara), Cik Sim Ann.

Dalam pada itu, satu Perikatan untuk Bertindak (AfA) baru untuk menangani gangguan dalam talian yang menyasar kaum Hawa akan ditubuhkan dalam beberapa minggu mendatang, tambah beliau.

Cik Sim Ann berkata tumpuan utama yang sedang diberikan pada isu perkauman dan seksisme sejak kebelakangan ini telah membuka peluang bagi masyarakat membincangkan topik tersebut dengan cara hormat dan inklusif.

"Seperti semua isu yang telah wujud sejak sekian lama, kedua-dua isu ini sudah lama wujud dalam satu bentuk atau yang lain. Dari semasa ke semasa, tumpuan diberikan pada isu ini seperti ia sedang dilakukan sekarang. Ini memberikan peluang kepada mereka yang memikirkan secara mendalam tentang isu tersebut tentang bagaimana menangani prasangka, bagaimana membantu satu sama lain hidup bersama dan menangani perbezaan tetapi dalam cara yang hormat.

"Saya rasa ini satu peluang bagi topik tersebut dibincangkan. Adalah amat penting untuk melakukannya dalam cara inklusif, dan terutamanya, membantu mereka yang belum benar-benar memikirkan isu ini, melengkapkan mereka dengan maklumat dan cara memikirkan tentang isu tersebut yang membina," kata beliau.

Namun, Cik Sim Ann menambah bahawa meskipun isu perkauman dan seksisme sudah sekian lama wujud, dua isu itu harus ditangani secara individu kerana setiap daripadanya ada ciri unik masing-masing.

Baru-baru ini, video seorang pensyarah kejuruteraan di Politeknik Ngee Ann (NP), Encik Tan Boon Lee, yang melontarkan kata-kata berbaur perkauman kepada pasangan berlainan bangsa Encik Dave Parkash, 26 tahun dan Cik Jacqueline Ho, 27 tahun, menjadi tular di media sosial.

Bulan lalu pula, masyarakat melahirkan rasa terkejut dan sedih mereka selepas satu tinjauan lucah dalam talian yang memperaga beberapa ustazah sebagai objek seksual didedahkan oleh media.

Cik Sim Ann berkata AfA yang akan ditubuhkan tidak lama lagi bagi membantu wanita yang mengalami gangguan dalam talian akan menangani isu jurang keselamatan digital bagi kaum Hawa di sini.

Ini seperti laman atau individu dalam talian yang cuba menarik wanita, terutamanya yang muda, ke dalam kegiatan perhubungan berbayar; gangguan, seperti pornografi balas dendam, iaitu gambar atau video seksual individu yang diedarkan tanpa keizinan; dan mesej lucah yang dihantar kepada mangsa.

Antara saranan yang dikemukakan adalah untuk menubuhkan sebuah pusat sehenti yang boleh membantu mangsa dalam membuat laporan dan menyediakan kaunseling serta memantau gangguan yang berlaku dalam talian, kata Cik Sim Ann.

Tambahnya, pusat sehenti itu juga akan mengadakan pendidikan awam untuk menegakkan imej sihat dan positif tentang wanita yang menekankan kepentingan melayani wanita dan kanak-kanak perempuan dengan hormat.

Pendidikan juga akan disediakan bagi ibu bapa dan kaum Hawa untuk mempertingkat perlindungan bagi wanita dan kesedaran tentang bahaya dalam talian, kata Cik Sim Ann.

"Seperti semua isu yang telah wujud sejak sekian lama, kedua-dua isu ini sudah lama wujud dalam satu bentuk atau yang lain... Saya rasa ini satu peluang bagi topik tersebut dibincangkan. Adalah amat penting untuk melakukannya dalam cara inklusif, dan terutamanya, membantu mereka yang belum benar-benar memikirkan isu ini, melengkapkan mereka dengan maklumat dan cara memikirkan tentang isu tersebut yang membina." Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pembangunan Negara), Cik Sim Ann merujuk kepada isu perkauman dan seksisme.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg